Betapa aku sedih kerana aku pencetus
Kedinginan malam yang datang dari kaki gunung
itu hilang,
Di lembah yang selalu aku laungkan
nama-nama tersayang,
Tiada makna bagi kalian,
Aku ego dengan jalan pemikiranku,
Yang selalu menginginkan itu dan ini,
Terasa diri begitu menganjingkan.
Dan betapa aku sedih lagi kerana aku peragut
Kegembiraan dari wajah-wajah itu,
Maafkan aku semuanya,
Aku selalu terjatuh bila berlari,
Aku selalu rebah bila berdiri,
Aku Cuma manusia naïf yang menagih
simpati kalian.
Aku adalah khannaz yang lahir dari perasaan
yang bersih, dan aku calitkan tahi pada dinding hati
Setiap hari,
Aku racun diri sendiri dengan kata-kata manis,
Dan biarkan raut senyuman terukir,
Tetapi hati ini hancur digilis.
Nasib yang mana lagi harus aku pilih?
Apakah aku patut pilih kegembiraan dan
biar yang lainnya kesedihan?
Apa kudratku?....
Adakah aku masih perlu teruskan caraku?
Teruskan menghitung kelelahan dengan mengeluh,
Asal tiada yang kesakitan.
Aku memang bukan “TUHAN” pada sebuah ketentuan,
Aku cuma hamba yang selalu saja alpa pada asal usul,
Seperti lalang yang ditiup angin,
Jika ke barat, ke barat lah aku,
Jika ke utara, ke utara lah aku,
Di mana pun arah angin itu,
Di situ lah aku.
Tok Janggut
(11.47 am)
15 januari 2012