Saturday, 20 August 2011

Ain

Hati~.. Memilih agar tangan kita
dapat menggenggam erat,
Tetapi kenyataan memilih agar kita
ada jarak,
Apa daya kita?,
Mungkin kau tidak merasakan
ini sukar,
Atau Cuma aku yang beranggapan begitu?.

Sayap-sayap ini bisa patah jika
kita memaksa ia terbang,
Mengapa perlu ada keterbatasan ini?,
Adakah mungkin kita diuji agar jangan
memperkecilkan benda kecil?,
Atau mungkin sudah termaktub dalam
buku takdir, bulan tidak bisa berdekat
dengan matahari.

Tok Janggut
(11.15 p.m)
20 ogos 2011

Komuniti Memimpin Dan Dipimpin

Harap atas harap,
Berharap sebelum diharap,
Menuding sebelum dituding,
Menginjak sebelum diinjak,
Merayu sebelum dirayu.

Tikam atas tikam,
Menikam sebelum ditikam,
Memfitnah sebelum difitnah,
Menganyang sebelum diganyang,
Memanipulasi sebelum dimanipulasi.

Kau dan aku adalah sama,
Aku dan kau adalah sama,
Kau jadilah aku...
...sebelum aku jadi kau.

Tok janggut
(9.01 p.m)
20 ogos 2011

Saturday, 6 August 2011

Peri Kecilku

Kau adalah peri kecilku yang kesepian,
Terbang dengan sayapmu yang kembang dan
mempesona,
Tapi kasihan~.. kau menunggu saat matimu sendirian,
Tiada yang mahu menemani,
Sekeliling kosong,
Nyawamu terletak pada doa anak-anak kecil
yang masih mempercayai kewujudanmu,
Selagi fantasi mereka masih ada,
Cahayamu tidak akan pernah hilang.

Peri kecilku,
Kau harus percaya sesuatu,
Kehidupan ini penuh kejutan,
Kepalkan prinsipmu,
Kerana keinginan tidak selalunya
sehaluan dengan kenyataan,
Kerana kenyataan selalu dikhayalkan,
Dan khayalan dinyatakan..,
sesalkan yang Cuma perlu kau sesalkan.

Peri kecilku sayang,
Jangan jadikan keterbatasan itu
penjara buatmu,
Jangan jadikan dinding itu penghalang buatmu,
Jadikanlah ia pelangi tempat kau taburkan
benih cinta agar ia mekar di dalam hati
manusia di bumi ini,
Jadikanlah makhluk ini agar saling menyayangi,

Bukan memusuhi.

Tok janggut
(1.40 p.m)
7 ogos 2011

Tuesday, 2 August 2011

Jabatmu Jabatan palsu

Tanganmu kotor penuh lumpur,
Lumpur yang kau pungut di tanah orang,
Tetapi kau masih tersenyum mahukan tangan
Kau disambut,
Jabatmu penuh muslihat,
Terpancar gamma Iblis di mata hitammu,
Penuh muslihat.

Jabatmu jabatan palsu,
Kau menjanjikan syurga,
Kau menjanjikan gunung,
Kau menjanjikan bahagia,
Tanpa ragu-ragu penuh makna.

Bangsat!!,
Kau pencetus kerosakan kedinginan
Malam,
Kau punca keretakan dinding budaya,
Kau lah pemilik lidah bercabang,
Kerana kau penjabat palsu.

Tok Janggut
(11.07 p.m)
2 ogos 2011