Kau adalah peri kecilku yang kesepian,
Terbang dengan sayapmu yang kembang dan
mempesona,
Tapi kasihan~.. kau menunggu saat matimu sendirian,
Tiada yang mahu menemani,
Sekeliling kosong,
Nyawamu terletak pada doa anak-anak kecil
yang masih mempercayai kewujudanmu,
Selagi fantasi mereka masih ada,
Cahayamu tidak akan pernah hilang.
Peri kecilku,
Kau harus percaya sesuatu,
Kehidupan ini penuh kejutan,
Kepalkan prinsipmu,
Kerana keinginan tidak selalunya
sehaluan dengan kenyataan,
Kerana kenyataan selalu dikhayalkan,
Dan khayalan dinyatakan..,
sesalkan yang Cuma perlu kau sesalkan.
Peri kecilku sayang,
Jangan jadikan keterbatasan itu
penjara buatmu,
Jangan jadikan dinding itu penghalang buatmu,
Jadikanlah ia pelangi tempat kau taburkan
benih cinta agar ia mekar di dalam hati
manusia di bumi ini,
Jadikanlah makhluk ini agar saling menyayangi,
Bukan memusuhi.
Bukan memusuhi.
Tok janggut
(1.40 p.m)
7 ogos 2011
No comments:
Post a Comment