Tuesday, 2 August 2011

Jabatmu Jabatan palsu

Tanganmu kotor penuh lumpur,
Lumpur yang kau pungut di tanah orang,
Tetapi kau masih tersenyum mahukan tangan
Kau disambut,
Jabatmu penuh muslihat,
Terpancar gamma Iblis di mata hitammu,
Penuh muslihat.

Jabatmu jabatan palsu,
Kau menjanjikan syurga,
Kau menjanjikan gunung,
Kau menjanjikan bahagia,
Tanpa ragu-ragu penuh makna.

Bangsat!!,
Kau pencetus kerosakan kedinginan
Malam,
Kau punca keretakan dinding budaya,
Kau lah pemilik lidah bercabang,
Kerana kau penjabat palsu.

Tok Janggut
(11.07 p.m)
2 ogos 2011

No comments:

Post a Comment