Saturday, 19 January 2013

I'M NOT 4 U....

Aku cuba untuk berlari,
di padang luas,
bebas tiada batas,
seperti udara yang aku hirup terus ke paru-paru,
dalam-dalam sampai puas.......
puaskah aku bernafas? Puaskah pula kau bernafas?
Puaskah kalian???
Sejak roh ditiup ke dalam jasad,
sehingga ia ditarik semula..
pernahkah aku puas bernafas?
Bagaimana pula dengan kau?
tetapi kenapa perlu ada keterbatasan sejak aku mula mahu berlari bebas?

Aku dididik untuk berjalan,
terus melangkah mencari kehidupan,
membuktikan siapa aku untuk aku..
Tetapi tetap sahaja pemikiran dikawal oleh sistem bangang,
yang cuba aku keluar..
Untuk membuktikan hak siapakah aku di dunia ini?
Tuhanku? Keluargaku? Masa depanku? Kerajaanku?????

Tok Janggut
(7.50pm)
19 januari 2013


No comments:

Post a Comment