Kelam malam tanpa bintang,
Kuntuman bunga layu tiada madu,
Hancur hati menangis sayu,
Melihat panji-panji yang selama ini dipertahankan telah runtuh.
Kerakusan syaitan mengganyang tubuhmu,
Tiada daya...
Tiada kekuatan untuk melawan...
Kalian cuma insan lemah untuk dibikin mainan...
Mungkin jasadmu,
Tetapi percayalah,
Tidak nuranimu.
Aku adalah temanmu,
Tatkala kau lemah dan longlai,
Aku merasakan itu,
Kesakitan dari dalam,
Jauh menusuk dalam hatimu,
Aku juga merasakan itu.
Pijaklah bumi ini,
Yang isinya senantiasa mendoakanmu...
Lakukanlah!
Runtuhkan apa yang telah badut-badut itu nodai...
Dan janganlah kau sesalkan sebelum kau lewat putus asa,
Kerana aku disini adalah temanmu,
Yang sentiasa bersedia mengukir senyuman untukmu.
19 september 2013
9:25pm
No comments:
Post a Comment